Saturday 22 December 2012

Movie Terbaru

Ingin mencari movie terbaru,layari la http://www.ceritamaster.com/search/label/Filem%202012 dan jangan lupa add saya di facebook & subscribers saya di facebook ini http://www.facebook.com/akuakanselaluadaunutukmu?fref=ts .

Sunday 17 June 2012

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu......


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Rinduku Padamu......


Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.
Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.
Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu,
Sedihnya aku,
Lukanya hati aku,
kerana disisimu bukan AKU,
Maafkan aku kerana terpaksa putus denganmu walaupun perit,
Akan aku gagahi jalani hidup ini tanpamu,
Kerana semuanya ada padamu,
Kasih, Sayang, Cinta yang ada hanya adalah RINDU

20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan


1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Friday 15 June 2012

Lelaki yang Sejati


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…
Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

Awak.....


Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me
Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…
Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti
Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati
Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadi senyum pun tak guna
Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak
Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-hari
Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa
Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu aje
Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi
Awak
Hari ni saya nampak awak dari McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri
Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi
Awak
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri
Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak fokus kat tv
Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih
Awak
Eesok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak
Awak
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati
Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak….

Ayah kau pesan....


Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!!
“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.Sempena Hari Bapa ini janganlah anda lupa mengucapkan “SELAMAT HARI BAPA” kepada bapa anda.”

Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah?


Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?
Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.
Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?

Kerana itu sikap seorang lelaki

Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Dulu Mrs Teddy pun tidak faham kenapa saya mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas saya terangkan kepada beliau kenapa saya jadi sebegini, kenapa saya jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan kini beliau akan memberikan saya ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya memerlukannya.
Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya

Lelaki Ingin Wanita Yang Boleh Berikan Rasa Cinta Pada Mereka


Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.
Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.
Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.
Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.
Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.
Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.

Thursday 14 June 2012

Cinta

Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian......
Allah menberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah......
Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan......
Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali 
mengantikannya dengan yang lebih baik......

Wednesday 13 June 2012

Jika dia bukan milikku....

Ya Allah....


Jika dia bukan milikku 
Tabahkan hati ku....


Jika dia bukan milikku
Tenangkan hati ku...


Jika dia bukan milikku
Dekatkan aku dengan mu


Semoga ,aku redha dengan ketentuanmu...

Cinta Berjauhan

Rindunya bila tak berjumpa
Menghitung hari bila kan bersama


Tak risau kerana aku percaya
Pasanganku yang sangat setia


Semoga cinta kita adalah untukNya
Kerana hanya dia kekal selamanya....

Bercinta...

Bercinta memang mudah....
untuk dicintai juga memang mudah...
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperolehi.....

Hargailah Kehadirannya....

Hargailah kehadirannya....
Jangan bila dia kehilangan
Baru kita meratapi kehilangannya....
masa tu sesal pun tiada gunanya....

Berikan peluang terakhir untuk ku...

Berikan ku peluang terakhir sekali lagi.......
Untuk membuktikan kasih sejujurnya di hati......
Maafkan seandainya cinta tidak sempurna....

Tuesday 12 June 2012

Erti Cinta Sejati....

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.............
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita......................itulah erti cinta sejati....salam buat cinta...

Pentingnya Seorang Sahabat....

Sahabat,
hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh
pimpinlah tanganku bila aku tersesat 
hamparkanlah bahumu saat aku berduka
peluklah aku bila aku berjaya...

Sahabat,
aku berharap kau selalu ada
saat aku memerlukanmu,
saat suka dan duka menjenguk jiwaku,
saat aku hilang tempat berpaut,
dan saat itu ku harap kau hulurkan tanganmu
bersama keikhlasan hati
tanda tuluskan ikatan kita.

Sahabat,
genggamlah tanganku andai kau tidak mampu berdiri sendiri,
peluklah aku tika kesepian menemanimu,
tangan in tidak pernah kuat untuk memegangmu,
tapi aku percaya keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu,
aku memerlukanmu seperti mana kau memerlukan aku.....

Perpisahan

Jika matamu,
Berat melihat dan memandangku....
Jika bibirmu,
Terpaksa senyum padaku....
Relakanlah,
Mukamu untuk berpaling jauh dariku...
Jika susah,
Untuk melupakan segala kesalahanku....
Senangkanlah,
Lidahmu untuk memaafkan ku...
Bawalah ia pergi jauh dariku....
Tetapi,
Andai suatu hari nanti gegendang telingamu...
Terdengar berita pemergianku...
Ikhlaskanlah,
Jari dan tanganmu mendoakan jasadku...
Bisikan hati kecilmu yang kau telah memaafkanku...
Agar,
Kalimah terakhirmu itu menjadi pelita di kubur gelapki ini.....

Salam Buat Cinta

CINTA adalah anugerah,
Ia hadir tanpa diduga,
Perasaannya sungguh indah,
Tiada kesal pabila CINTA


Yang tidak mengenali CINTA,
Masih tercari-cari cinta,
Tertanya-tanya apakah CINTA,
Sepi kerana sukarnya merungkai cinta.


Namun,
Apabila ia datang hatikan berdetik,
Hati akan berbisik itulah CINTA,
Salam Buat CINTA

Pesanan Daripada Saya

JANGAN bangga sangat dengan pakaian yang cantik & mahal ,kerana pakaian terakhir kita adalah kain kapan....
JANGAN action sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda....
JANGAN terlalu seronok di tempat tidur yang empuk , kerana tempat tidur terakhir kita di liang lahad....
JANGAN pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah, kerana rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua....
JANGAN terlalu bermegah dengan pangkat & darjat kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran al - marhum....
JANGAN bangga dengan wajah yang cantik & kacak , kerana bila mati nanti wajah itu akan berubah menjadi tengkorak...

Pantun Untuk Perpisahan


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi



Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai



Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai



Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai



Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga



Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri



Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi



Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi



Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?



Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana



Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi


Koleksi Ayat-Ayat Jiwang....


 1. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati ..

2. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu
cinta222
3. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

4. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

5. Hello..
Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!

6. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

7. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang

8. Luahan Cinta Ibarat Kentut..
ditahan sakit… dilepas malu… dah keluar..fuhhh! Lega!!!

9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun.. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..

10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau..
1..
2..
3….
4..
Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku…
Tekan lagi kalau masih rindu..
Lagi…
Lagi…
Masih tekan lagi???
Nampak sangat rindu…
Aku juga sedang merinduim..

11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.

12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

14. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

16. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..

17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…

19. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

20. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

21. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

22. Cintaku bukan ibarat kertas… Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…

23. Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..

24. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

25. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku..

26. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!

27. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

28. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan

Maksud lagu yang boleh menyebabkan kita murtad. .....Lagu yang bertajuk bruno mars - it will rain

Tidak ada agama yang boleh menyelamatkan akuTidak kira berapa lama lutut saya adalah di atas lantai, ohOleh itu, perlu diingat semua pengorbanan yang saya membuatUntuk memastikan anda di sisi sayaDan menjaga anda daripada berjalan keluar pintu.

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

✿ SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)..

✿ ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam..

✿ ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)..

✿ MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri..

✿ ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya..

Laman web untuk download Games for Phone

http://www.andropalace.net/

Proses permohonan PTPTN

1-buat akaun SSPN d Bank Islam RM20
2-buat buku akaun baru Bank Islam RM30
3-beli no pin PTPTN d BSN RM5
4-buat permohonan secare on9 di http://www.ptptn.gov.my/gateway/ sebelum 30 JUN 2012

#korg boleh gune bank lain... bg contoh Bank Islam sbb pelajar politeknik kene buka akaun Bank Islam.

Semakan Status borang jawapan tawaran (BJT) ke politeknik KPT

Boleh layari di http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/SemakanBJT_view.asp